Sedikit coretan dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! setinggi rasa syukur kepada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi,Pemberi rezeki dan Pembuka peluang dan pintu rahmat kepada perkara-perkara khair di muka bumi sekaligus penghulur inayah yang tak terhingga kepada makhluk-makhlukNya kerana dengan izin-Nya saya dapat membina perniagaan internet berasaskan DE'WANAZ COLLECTIONS dengan jayanya. Bermula dari saat merangkak sehingga boleh berjalan dengan sendirinya bukanlah suatu tahap yang mudah. Penat dan lelah, tawa dan tangis saya dalam membina perniagaan ini disaksikan insan-insan terdekat dan keluarga saya sendiri dan semua itu hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Benarlah, setiap usaha, airmata dan kesabaran itu akan digantikan dengan 'hadiah' yang bermakna daripada Allah SWT tidak di dunia tapi di akhirat.
Terima Kasih kepada Ayahanda saya Wan Musa Wan Mustapha insan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya dan terus percaya pada kemampuan saya, kepada insan istimewa yang tidak putus memberi didikan motivasi, insan kreatif yang terus mencetus idea akan kerjaya terkini saya, dan kepada rakan-rakan perniagaan pencetus semangat DWC Terima Kasih semua! Alhamdulillah, DWC berbangga mengenali dan memiliki anda semua.

Apakah produk-produk yang ada di dalam DWC?
De'wanaz Collections kini menjual pakaian muslimah seperti sarung tangan (lengan panjang), shawl (selendang panjang), kain pasang, jubah dan dress muslimah, Blouse, aksesori wanita dan pelbagai barangan lagi dengan harga yang berpatutan. Barangan kami adalah terhad dan sebahagian koleksi ini adalah hasil daripada rekaan kami sendiri dan didatangkan dalam kuantiti yang agak terhad tetapi eksklusif. De'wanaz Collection beroperasi secara online di Wan Faeizn Airshop sejak Januari 2010 dan dalam perancangan untuk memiliki butik sendiri.

Terima Kasih untuk semua rakan-rakan yang setia menyokong DWC dan tidak lupa juga kepada pelanggan-pelanggan DWC yang setia bersama kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua.Barakallahu lakoum, Syoukran!

Oooopss! satu lagi!!
Buat masa ini, DWC menerima tempahan melalui Facebook sahaja.Ini kerana pengurusan Facebook lebih praktikal dan segera berbanding blog, walaubagaimanapun DWC akan sediakan 1 order form utk. anda semua supaya anda lebih berasa selesa ketika/apabila berurusan di dalam laman blog ini. Urusan jual beli melalui internet terlalu ringkas dan mudah. Hanya tekan di hujung jari anda dan kami akan merealisasikan "barang" yang anda impikan :-) Terima Kasih.

Love,
El Faeyzeen WMusa
Director & Fashion Consultant
DE'WANAZ COLLECTION, KUALA LUMPUR.

Saturday, December 11, 2010

Trip Malaysia to China 2010

merakam kenangan di Shang Xin Ju..kak iema, kak ieta n kak yati
u all mmg supporting giler..rindu korang..

bandar berlampu...malam kat Shang Xian Ju yg menyeronokkan..
Pengalaman berharga naik motor nak ke tempat ni hehe..naik motor ngan kak iema!

sebelum balik ke hotel, destinasilah tem nak amik teksi balik ke Jinjiang Inn..
sempat berkenalan ngan warga Iran =)

tak pasti time ni nak ke mana. rasanya perjalanan nak ke Chang Xi Lu..sempat
amik gambar dari dalam bas. best tau! amik gmbr anggota rela..kebetulan time
asean games di Guangzhou 2010.

ha! ni la buku menu kat sana. don't worry semuanya halal.
pilih je mana, tp rasa lebih kurang je hehe..rate sekitar
yuen10 sehingga yuen65..ermm..boleh tahan la..lokasi: area Chang Xi Lu
dkt ngan area tempat jual beg dan pakaian.

ni la mee goreng kat sana..mee yg luar biasa..porsi mmg banyak..mengenyangkan.
kalau nak travel kt sana, porsi ni dh ckup utk  2 org, jmat sket.
 makan x habis..banyak sngt. i pon x larat..but alhmdllh, rezeki..

erm..yummy! sian kak yati! tu lapar punyer pasal tu..tunggu nak berejam
-rejam baru smpai..nak thu, kedai makan dorang mmg x sedia air tau hehe so pepandai
la u all bawak air minum sdri..tidak tercekik dibuatnya =)

shopping mall 'One Link", syurga beli belah utk aksesori..sempat beli cap ni je
hehe..harga yuen 45 kurang2 dpt ler yuen 40 huhu..ahamdulillah

nak cross ke sebelah nun...

ok, dah boleh gerak sekarang =)

ngan kak yati..lokasi: perkarangan taman Maqam Sa'ad Abi Waqas
(bapa saudara Nabi Muhammad SAW)
ALLAHUMMA SALLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
WA'ALAA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM.

2 comments:

  1. banyak lagi gambar yang tak masuk. ade save kt phone but agk menyedihkan i lost my Nokia phone's cable masa baru balik dr Kelantan =-( wait till i get the new one insyaallah tmb sikit gmbr.
    akan datang i bubuh gmbr trip yg lain. mmg suka travel..ade rezeki tahun depan nak explore western country lak jika diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah semoga berjaya di dalam bidang yang puan ceburi

    ReplyDelete