Sedikit coretan dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! setinggi rasa syukur kepada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi,Pemberi rezeki dan Pembuka peluang dan pintu rahmat kepada perkara-perkara khair di muka bumi sekaligus penghulur inayah yang tak terhingga kepada makhluk-makhlukNya kerana dengan izin-Nya saya dapat membina perniagaan internet berasaskan DE'WANAZ COLLECTIONS dengan jayanya. Bermula dari saat merangkak sehingga boleh berjalan dengan sendirinya bukanlah suatu tahap yang mudah. Penat dan lelah, tawa dan tangis saya dalam membina perniagaan ini disaksikan insan-insan terdekat dan keluarga saya sendiri dan semua itu hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Benarlah, setiap usaha, airmata dan kesabaran itu akan digantikan dengan 'hadiah' yang bermakna daripada Allah SWT tidak di dunia tapi di akhirat.
Terima Kasih kepada Ayahanda saya Wan Musa Wan Mustapha insan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya dan terus percaya pada kemampuan saya, kepada insan istimewa yang tidak putus memberi didikan motivasi, insan kreatif yang terus mencetus idea akan kerjaya terkini saya, dan kepada rakan-rakan perniagaan pencetus semangat DWC Terima Kasih semua! Alhamdulillah, DWC berbangga mengenali dan memiliki anda semua.

Apakah produk-produk yang ada di dalam DWC?
De'wanaz Collections kini menjual pakaian muslimah seperti sarung tangan (lengan panjang), shawl (selendang panjang), kain pasang, jubah dan dress muslimah, Blouse, aksesori wanita dan pelbagai barangan lagi dengan harga yang berpatutan. Barangan kami adalah terhad dan sebahagian koleksi ini adalah hasil daripada rekaan kami sendiri dan didatangkan dalam kuantiti yang agak terhad tetapi eksklusif. De'wanaz Collection beroperasi secara online di Wan Faeizn Airshop sejak Januari 2010 dan dalam perancangan untuk memiliki butik sendiri.

Terima Kasih untuk semua rakan-rakan yang setia menyokong DWC dan tidak lupa juga kepada pelanggan-pelanggan DWC yang setia bersama kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua.Barakallahu lakoum, Syoukran!

Oooopss! satu lagi!!
Buat masa ini, DWC menerima tempahan melalui Facebook sahaja.Ini kerana pengurusan Facebook lebih praktikal dan segera berbanding blog, walaubagaimanapun DWC akan sediakan 1 order form utk. anda semua supaya anda lebih berasa selesa ketika/apabila berurusan di dalam laman blog ini. Urusan jual beli melalui internet terlalu ringkas dan mudah. Hanya tekan di hujung jari anda dan kami akan merealisasikan "barang" yang anda impikan :-) Terima Kasih.

Love,
El Faeyzeen WMusa
Director & Fashion Consultant
DE'WANAZ COLLECTION, KUALA LUMPUR.

Thursday, December 23, 2010

Sibuk akhir tahun.

23 disember 2010.
Masih banyak perkara yang belum selesai. Beberapa hari ini pula, aktiviti saya dipenuhi dengan aktiviti edit gambar-gambar. Al-maklum sahajalah dah hujung tahun ni, perniagaan pun semakin mencabar. Musim pun dah "low-season" dan semakin banyak pula saingannya. Masing2 dah sibuk dengan membuat promosi hujung tahun. Nak promosi produk memang macam tu..jangan ada rasa mudah kecewa. Sentiasa gigih dan cekal. Saya faham sangat-lah rasa pahit dan manisnya dunia perniagaan. Adat berniaga biasalah, ada masanya manis, dan adakalanya pahit. Tergantunglah pada diri sendiri bagaimana hendak menghadapinya. Kalau gembira, maka ucapkan "alhamdulillah". kalau sedih, ucapkan juga 'alhamdulillah'. Baru rezeki kita diberkati. Adakalanya Allah tidak akan membalas usahamu dengan wang ringgit, tetapi Allah menggantikannya dalam bentuk "barokah". Apa nilai "barokah"? nilainya lebih besar berbanding wang ringgit. Jika usahamu beralaskan keredhaan dan kesyukuran, Allah sesekali tidak akan mensia-siakan kita. Biarlah jujur dan ikhlas dalam melaksanakan perniagaan. Rezeki kita tetap ada, samadA sedikit atau lebih semua tu bergantung pada usaha kita =) Nanti El sambung lagi yer..nak selesaikan tugas yang perlu dulu. Petang2 macam ni sedap juga pekena betik(yang telah disejukkan)..nyam3..alhamdulillah...syoukran ya Allah ya Illahi ya rabbi.

Sunday, December 12, 2010

Dalam perancangan akan datang!

Salam Alaykoum..

DWC bercadang untuk mengeluarkan produk sendiri tapi bukan dalam tahun ini. Ini kerana banyak perkara yang saya perlu pelajari dalam membina karier saya sebagai seorang Ahli Perniagaan (Busana Muslimah). Berniaga memang seronok lebih-lebih lagi kalau dapat menghasilkan dan memasarkn produk sendiri.  Namun, tidak dinafikan pancarobanya agak besar dan risiko yang bakal dihadapi juga bukan calang-calang.

Semalam, ilham saya untuk mereka satu fesyen tudung sudah terlakar di minda dan di atas kertas sketch saya. Proses seterusnya saya akan mencari "tailor" saya sendiri utk. berkerja di bawah DWC dalam erti kata lain menjahit tudung2 hasil rekaan saya. Dah banyak fesyen tudung yang keluar sekarang ni. Memang cantik-cantik belaka. Boleh rambang mata dibuatnya. Sebolehnya saya nak reka sesuatu yang lain daripada rekaan yang sedia ada. Di samping menjadikannya produk yang istimewa, produk DWC juga akan tampil lebih eksklusif kerana bilangan kuantiti yang agak terhad tetapi lakarannya adalah istimewa.

Sekarang DWC masih dalam proses mereka "design" terbaru utk skaf edisi 2011 dan dijangka sampel tudung akan lahir sebelum awal tahun baru 2011 nanti. Insha-Allah.DWC tidak menjanjikan masa yang tepat, tetapi DWC akan inform dari masa ke semasa.

Tudung bukan sekadar untuk dijadikan fesyen tetapi harus dipraktikkan dari segi amali dan konsep sebenar bertudung =) Jadikanlah budaya menutup aurat sebagai budaya yang ikhlas kerana Allah =) insha-Allah..

Saturday, December 11, 2010

Melaka 2010

Tak ingat bulan bila but this year also. Teringin sgt nak ke sana utk release mind!
 i went to Malacca for photoshoot unfortunately
ptg tu hujan so x bt photoshoot byk, got to drive to KL gak mlm tu.
Malacca is a nice place, byk tgkp gmbr but dinot upload here much yet.
banyak tem menarik kt sana, bandar pon cantek!..tourist must b like it. 

sebelum nak masuk taman tu, berlegar dlu kt luar taman ni.
Pak cik2 penunggang beca kt cn mmg peramah. best beca ni..
ade muzik tau! ni klu dlm taman nak naik beca caj m20-30. round la mana2 tem area tu gak..
round dlm sejam ok la..

masa ni i kat atas bukit tu, atas sikit dr churh lama..
kt area ni byk ler peniaga2 yg jual souvenir.
x beli pon just singgh for photoshoot =)
day 1, infront of  Mat'aam Abdullah Lil'akilaatil Islamiyah..sedap gak foods kt cn neh =)
Hari yg agak meletihkan, i think so!!!

Bas ni kalau similarity dier lebih kurang la dgn Rapid Bus. Area ni yg bestnya tak
kotor, bersih jer..tengokler jalan raya dier, very clean!

see! cantek bas ni..pertama kali tgok, i dh tertarik. tu yg snap sekeping tu!
Guangzhou! Lovely =)

sampai2 je kt sana terus je cari sambal. konfem le sambal kt sana ngan smbal Msia
different, but don't care la since itu adik beradik cili padi or kering, makan je.
FYI, sambal diorang tak pedas. they fried oil, rsa skdt tawar but not so bad.
Tawar pon but i still menambah (sambal) hehe

i yg snap gmbr ni..kt blkng diaorg. on the way nak blk Jinjiang Inn..
Seberang jalan.
JJ inn kt sebelah knn tu jer..

tired but still wanna give the best pose!

selain teksi, kat sini u all leh amik motor bike ni..diaorg akn hntr u mana u nak pegi.
kelemahan drg they can't speak english, but they r nice and friendly!
 just pay more! (biase laa :) hehehe )
i kt sana ngan sorang sis naik motor sewaktu perjalanan nak ke Shang Xia Ju.
time tu malam, best jugak. jangan terkejut, they carry 2 passengers dlm
1 motor =) can u imagine it? time tu la peluang merempit =p
harga "merempit": yuen(RMB) 50! bayar utk berdua. alamak, x refund
kak iema lagi. duit merempit got to pay her yuen25. shhhh =p


wah! panas2 lagi..ni antara menu dgg yg sedap. Tak ingt makan kat mana masa ni,
either in Beijing Lu atau Restoran Abdullah Islamiyah =( confuse!
takde la melarat sangat hidup kt sana.Flavour sedap!
little bit tomato flav n mix curry!

Trip Malaysia to China 2010

merakam kenangan di Shang Xin Ju..kak iema, kak ieta n kak yati
u all mmg supporting giler..rindu korang..

bandar berlampu...malam kat Shang Xian Ju yg menyeronokkan..
Pengalaman berharga naik motor nak ke tempat ni hehe..naik motor ngan kak iema!

sebelum balik ke hotel, destinasilah tem nak amik teksi balik ke Jinjiang Inn..
sempat berkenalan ngan warga Iran =)

tak pasti time ni nak ke mana. rasanya perjalanan nak ke Chang Xi Lu..sempat
amik gambar dari dalam bas. best tau! amik gmbr anggota rela..kebetulan time
asean games di Guangzhou 2010.

ha! ni la buku menu kat sana. don't worry semuanya halal.
pilih je mana, tp rasa lebih kurang je hehe..rate sekitar
yuen10 sehingga yuen65..ermm..boleh tahan la..lokasi: area Chang Xi Lu
dkt ngan area tempat jual beg dan pakaian.

ni la mee goreng kat sana..mee yg luar biasa..porsi mmg banyak..mengenyangkan.
kalau nak travel kt sana, porsi ni dh ckup utk  2 org, jmat sket.
 makan x habis..banyak sngt. i pon x larat..but alhmdllh, rezeki..

erm..yummy! sian kak yati! tu lapar punyer pasal tu..tunggu nak berejam
-rejam baru smpai..nak thu, kedai makan dorang mmg x sedia air tau hehe so pepandai
la u all bawak air minum sdri..tidak tercekik dibuatnya =)

shopping mall 'One Link", syurga beli belah utk aksesori..sempat beli cap ni je
hehe..harga yuen 45 kurang2 dpt ler yuen 40 huhu..ahamdulillah

nak cross ke sebelah nun...

ok, dah boleh gerak sekarang =)

ngan kak yati..lokasi: perkarangan taman Maqam Sa'ad Abi Waqas
(bapa saudara Nabi Muhammad SAW)
ALLAHUMMA SALLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
WA'ALAA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM.

Dress Kurung , Dress Pengantin, Dress Jubah Terbaru (Latest Dress)