Sedikit coretan dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! setinggi rasa syukur kepada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi,Pemberi rezeki dan Pembuka peluang dan pintu rahmat kepada perkara-perkara khair di muka bumi sekaligus penghulur inayah yang tak terhingga kepada makhluk-makhlukNya kerana dengan izin-Nya saya dapat membina perniagaan internet berasaskan DE'WANAZ COLLECTIONS dengan jayanya. Bermula dari saat merangkak sehingga boleh berjalan dengan sendirinya bukanlah suatu tahap yang mudah. Penat dan lelah, tawa dan tangis saya dalam membina perniagaan ini disaksikan insan-insan terdekat dan keluarga saya sendiri dan semua itu hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Benarlah, setiap usaha, airmata dan kesabaran itu akan digantikan dengan 'hadiah' yang bermakna daripada Allah SWT tidak di dunia tapi di akhirat.
Terima Kasih kepada Ayahanda saya Wan Musa Wan Mustapha insan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya dan terus percaya pada kemampuan saya, kepada insan istimewa yang tidak putus memberi didikan motivasi, insan kreatif yang terus mencetus idea akan kerjaya terkini saya, dan kepada rakan-rakan perniagaan pencetus semangat DWC Terima Kasih semua! Alhamdulillah, DWC berbangga mengenali dan memiliki anda semua.

Apakah produk-produk yang ada di dalam DWC?
De'wanaz Collections kini menjual pakaian muslimah seperti sarung tangan (lengan panjang), shawl (selendang panjang), kain pasang, jubah dan dress muslimah, Blouse, aksesori wanita dan pelbagai barangan lagi dengan harga yang berpatutan. Barangan kami adalah terhad dan sebahagian koleksi ini adalah hasil daripada rekaan kami sendiri dan didatangkan dalam kuantiti yang agak terhad tetapi eksklusif. De'wanaz Collection beroperasi secara online di Wan Faeizn Airshop sejak Januari 2010 dan dalam perancangan untuk memiliki butik sendiri.

Terima Kasih untuk semua rakan-rakan yang setia menyokong DWC dan tidak lupa juga kepada pelanggan-pelanggan DWC yang setia bersama kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua.Barakallahu lakoum, Syoukran!

Oooopss! satu lagi!!
Buat masa ini, DWC menerima tempahan melalui Facebook sahaja.Ini kerana pengurusan Facebook lebih praktikal dan segera berbanding blog, walaubagaimanapun DWC akan sediakan 1 order form utk. anda semua supaya anda lebih berasa selesa ketika/apabila berurusan di dalam laman blog ini. Urusan jual beli melalui internet terlalu ringkas dan mudah. Hanya tekan di hujung jari anda dan kami akan merealisasikan "barang" yang anda impikan :-) Terima Kasih.

Love,
El Faeyzeen WMusa
Director & Fashion Consultant
DE'WANAZ COLLECTION, KUALA LUMPUR.

Sunday, December 12, 2010

Dalam perancangan akan datang!

Salam Alaykoum..

DWC bercadang untuk mengeluarkan produk sendiri tapi bukan dalam tahun ini. Ini kerana banyak perkara yang saya perlu pelajari dalam membina karier saya sebagai seorang Ahli Perniagaan (Busana Muslimah). Berniaga memang seronok lebih-lebih lagi kalau dapat menghasilkan dan memasarkn produk sendiri.  Namun, tidak dinafikan pancarobanya agak besar dan risiko yang bakal dihadapi juga bukan calang-calang.

Semalam, ilham saya untuk mereka satu fesyen tudung sudah terlakar di minda dan di atas kertas sketch saya. Proses seterusnya saya akan mencari "tailor" saya sendiri utk. berkerja di bawah DWC dalam erti kata lain menjahit tudung2 hasil rekaan saya. Dah banyak fesyen tudung yang keluar sekarang ni. Memang cantik-cantik belaka. Boleh rambang mata dibuatnya. Sebolehnya saya nak reka sesuatu yang lain daripada rekaan yang sedia ada. Di samping menjadikannya produk yang istimewa, produk DWC juga akan tampil lebih eksklusif kerana bilangan kuantiti yang agak terhad tetapi lakarannya adalah istimewa.

Sekarang DWC masih dalam proses mereka "design" terbaru utk skaf edisi 2011 dan dijangka sampel tudung akan lahir sebelum awal tahun baru 2011 nanti. Insha-Allah.DWC tidak menjanjikan masa yang tepat, tetapi DWC akan inform dari masa ke semasa.

Tudung bukan sekadar untuk dijadikan fesyen tetapi harus dipraktikkan dari segi amali dan konsep sebenar bertudung =) Jadikanlah budaya menutup aurat sebagai budaya yang ikhlas kerana Allah =) insha-Allah..

No comments:

Post a Comment