Sedikit coretan dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! setinggi rasa syukur kepada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi,Pemberi rezeki dan Pembuka peluang dan pintu rahmat kepada perkara-perkara khair di muka bumi sekaligus penghulur inayah yang tak terhingga kepada makhluk-makhlukNya kerana dengan izin-Nya saya dapat membina perniagaan internet berasaskan DE'WANAZ COLLECTIONS dengan jayanya. Bermula dari saat merangkak sehingga boleh berjalan dengan sendirinya bukanlah suatu tahap yang mudah. Penat dan lelah, tawa dan tangis saya dalam membina perniagaan ini disaksikan insan-insan terdekat dan keluarga saya sendiri dan semua itu hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Benarlah, setiap usaha, airmata dan kesabaran itu akan digantikan dengan 'hadiah' yang bermakna daripada Allah SWT tidak di dunia tapi di akhirat.
Terima Kasih kepada Ayahanda saya Wan Musa Wan Mustapha insan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya dan terus percaya pada kemampuan saya, kepada insan istimewa yang tidak putus memberi didikan motivasi, insan kreatif yang terus mencetus idea akan kerjaya terkini saya, dan kepada rakan-rakan perniagaan pencetus semangat DWC Terima Kasih semua! Alhamdulillah, DWC berbangga mengenali dan memiliki anda semua.

Apakah produk-produk yang ada di dalam DWC?
De'wanaz Collections kini menjual pakaian muslimah seperti sarung tangan (lengan panjang), shawl (selendang panjang), kain pasang, jubah dan dress muslimah, Blouse, aksesori wanita dan pelbagai barangan lagi dengan harga yang berpatutan. Barangan kami adalah terhad dan sebahagian koleksi ini adalah hasil daripada rekaan kami sendiri dan didatangkan dalam kuantiti yang agak terhad tetapi eksklusif. De'wanaz Collection beroperasi secara online di Wan Faeizn Airshop sejak Januari 2010 dan dalam perancangan untuk memiliki butik sendiri.

Terima Kasih untuk semua rakan-rakan yang setia menyokong DWC dan tidak lupa juga kepada pelanggan-pelanggan DWC yang setia bersama kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua.Barakallahu lakoum, Syoukran!

Oooopss! satu lagi!!
Buat masa ini, DWC menerima tempahan melalui Facebook sahaja.Ini kerana pengurusan Facebook lebih praktikal dan segera berbanding blog, walaubagaimanapun DWC akan sediakan 1 order form utk. anda semua supaya anda lebih berasa selesa ketika/apabila berurusan di dalam laman blog ini. Urusan jual beli melalui internet terlalu ringkas dan mudah. Hanya tekan di hujung jari anda dan kami akan merealisasikan "barang" yang anda impikan :-) Terima Kasih.

Love,
El Faeyzeen WMusa
Director & Fashion Consultant
DE'WANAZ COLLECTION, KUALA LUMPUR.

Thursday, December 23, 2010

Sibuk akhir tahun.

23 disember 2010.
Masih banyak perkara yang belum selesai. Beberapa hari ini pula, aktiviti saya dipenuhi dengan aktiviti edit gambar-gambar. Al-maklum sahajalah dah hujung tahun ni, perniagaan pun semakin mencabar. Musim pun dah "low-season" dan semakin banyak pula saingannya. Masing2 dah sibuk dengan membuat promosi hujung tahun. Nak promosi produk memang macam tu..jangan ada rasa mudah kecewa. Sentiasa gigih dan cekal. Saya faham sangat-lah rasa pahit dan manisnya dunia perniagaan. Adat berniaga biasalah, ada masanya manis, dan adakalanya pahit. Tergantunglah pada diri sendiri bagaimana hendak menghadapinya. Kalau gembira, maka ucapkan "alhamdulillah". kalau sedih, ucapkan juga 'alhamdulillah'. Baru rezeki kita diberkati. Adakalanya Allah tidak akan membalas usahamu dengan wang ringgit, tetapi Allah menggantikannya dalam bentuk "barokah". Apa nilai "barokah"? nilainya lebih besar berbanding wang ringgit. Jika usahamu beralaskan keredhaan dan kesyukuran, Allah sesekali tidak akan mensia-siakan kita. Biarlah jujur dan ikhlas dalam melaksanakan perniagaan. Rezeki kita tetap ada, samadA sedikit atau lebih semua tu bergantung pada usaha kita =) Nanti El sambung lagi yer..nak selesaikan tugas yang perlu dulu. Petang2 macam ni sedap juga pekena betik(yang telah disejukkan)..nyam3..alhamdulillah...syoukran ya Allah ya Illahi ya rabbi.

No comments:

Post a Comment